Tuesday, 29 January 2019

Lunch @ Kambing Bakar Kontena Setia Alam

Hari tu ternampak pasal kedai ni dekat Youtube Padu Beb Studios. So bila dia kata kedai ni dekat dengan Setia Alam, kami dah masuk kan dalam check list kami coz kedai ni memang otw time balik kampong. So sabtu lepas, kami nak try la. Nak kata lunch, x jugak..dah macam minum petang dah. Kami sampai kat Kedai Kambing Bakar Kontena ni dalam pukul 4 dah. Tapi giler punya ramai. Mula-mula x mau berhenti kat situ, tapi kami redha je la. Coz dah lapar sangat. 


RAMAI SANGAT ORANG..PUKUL 4 NI

Kena beratur untuk order & bayar ea. Tapi yang melambatkan, orang yang nak order tu, baru nak fikir nk makan apa, baru nak discuss kat situ, nak order apa. So jadi lama la. So I sarankan, check atau ambil gambar menu dia..n beratur..sepanjang beratur tu, sila la pastikan apa yang nak diorder. So hari tu, kami siap discuss dulu..hahaha..maklumla, macam2 nk try. So last2, order Set Kambing Bakar (Kambing Bakar+Nasi Putih+Sup kosong) dan Nasi Kerabu Daging Bakar. Tapi orang tu kata, Daging Bakar lambat lagi nak masak, coz batch yang sedia ada, semua dah habis. So I tukar, Nasi Kerabu Ayam Penyet. Untuk anak-anak, order nasi putih dan soup ayam.

MENU

Set Kambing Bakar tu sampai cepat jer. Dalam masa 5 minit. Air dia pun cepat. Tengok jer dah leh terliur. Hahaha. First bite, husband tolong suapkan..sweet x..hahaha..i tengah pegang anak kot..tido pulak time nk makan ni..First bite, mak aii..manis..dan hujung2..datang pedas dia. Melekat lak tu pedas dia. Memang taste husband I. I pun suka walaupun tahap pedas dia up sikit tuk I. Tp addictive. Sampai x cukup nasi..dan2 ambil nasi tambah lagi. 

SET KAMBING BAKAR

LELEH..

Nasi Kerabu Ayam Penyet dia, sampai lambat giler ok. Time dia hantar tu, dah ada dah daging bakar. Tau, order je daging bakar. Mula-mula rasa hangin gak..coz lambat sangat makanan dia. Makanan anak I pun lambat. Cian diaorang. Makan nasi yayah dia dulu. Nasib ada sup kecik tu. 


SEDAP WEII

Sekali tengok Nasi Kerabu dia, vibrant kaler dia. Nampak tempting sangat. Memandangkan dah lapar, terus zap zap makan. X pandang kiri kanan dah. Lepas makan, dah x rasa marah dah. Coz sedap wokey. Walaupun ni first time I makan Nasi Kerabu bersama Ayam Penyet, tp sesuai combo ni. Ayam dia crunchy habis. Nasi Kerabu dia pulak memang sedap. 

Soup Ayam anak I pun sedap gak. Tapi just untuk future, coz for me, kedai ni agak viral jugak. Mungkin boleh mempercepakan lagi servis. Lagi-lagi during weekends. Kedai ni beroperasi dari 11 pagi ke 11 malam. Tutup on Monday. Time nak balik tu pun, barisan nak order tu still panjang.

InsyaAllah nak repeat balik kedai ni. Nak try gak Daging Bakar Air Asam dia. Tapi rasa kena datang on weekdays la kot. So, dah sehabis kenyang dah. Kami chow balik kampong. Rupanya ada jalan pintas. First time tau jalan tu. Hahahaha. K, chow for now. 

Address: No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

*Kedai ni asal dari Kelantan. X silap, ni first cawangan luar dari Kelantan. Jangan terkezut ea bila sampai sini, tapi xde Kontena. Hehehe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...