Thursday, 17 January 2019

Lunch @ Super Saigon Jalan Bangkung Bangsar

Ini antara kedai dalam my bucket list. I terjumpa kedai ni time scroll IG. So hari tu, plan nak sambut besday salah sorang ofismate. Belated birthday celebration. Birthday gurl pada asalnya nk request untuk makan Thai food. I terus cantas. Hehehehe. I ajak diaorang nak cuba tak Vietnamese Food. So bila masing-masing check IG semua, diaorang pun setuju. Super Saigon ni ada banyak jugak cawangan. Yang latest, adalah di Bangsar, Jalan Bangkung. Dengan ofis kitaorang, x jauh pun rupanya. Dalam 10 min gitu. Kami naik grab jer. 

SUPER SAIGON PHO CAFE

INTERIOR YANG SANGAT BLUISH

Sampai-sampai ajer, hampir nk full house dah. Ada kawasan indoor n outdoor. Super Saigon ni belum dapat Halal cert tapi tengah dalam process. Tapi barang yang digunakan semua halal ye. Kami request untuk seat kat dalam la. Panas kot duk luar. First impression, I suka deco resto ni. Kaler biru interior dia. I x pernah pergi Vietnam, so xde la terasa fefeeling macam kat Vietnam kea pa. Hahaha. I memang teringin nk makan Pho. Susah nk cari kedai Vietnam yang serve halal food.

EAT PHO LIKE A PRO..SIAL FOLLOW EA..HEHE

JENIS-JENIS PHO

ADA LAGI MENU SEBELAH KIRI..X TERSNAP..MEU BAHN MI

Menu dia x banyak tau. I memang dah aim nak makan Pho. Tapi rupanya ada banyak jenis Pho. Banyak pilihan inti untuk diletak kan dalam Pho. I ambil Special Beef Combination. So ada pelbagai jenis beef parts la dalam Pho tu. Pho ni apa? Hot Noodle Soup. Ada lunch set tp combination air dia x banyak la. Antara yang ada, Pandan Lemongrass dan Coffee Ais. Geng ambil Coffee Ais, I pulak, Pandan Lemongrass. 

MY SPECIAL BEEF COMBINATION PHO

TAUGEH, BASIL N CILI POTONG

Geng hari tu, 3 orang order Pho, sorang order Str Fry Kuey Teow with Sliced Beef. Add on Vietnamese Roll Shrimp. Makanan dalam 10 minute gitu, sampai la, just yang kuey teow beef tu, lambat sikit katanya. Bila Pho tu dibawa, taugeh, basil dan cili potong, semua diasingkan dalam piring siap. So terpulang nk letak ke tak. My first try on my dish..serious..memang SEDAP wei. Besar pulak tu portion dia. Inti dia memang banyak lak. Dalam Special Beef Combination ni, ada, sliced beef, beef brisket, beef tendon, beef tripe dan beef balls. I yang jarang-jarang makan pun, habis semua I makan. Memang kena dengan tekak I. 

SAUCES

I suka jugak Sate Sauce dia. Sauce ni memang diletakkan atas meja. X macam kuah kacang kita..tp memang ada kacang la, just yang ni, ala2 macam sambal..sedap bila cicah dengan Sate Sauce ni. 

VIETNAMESE ROLL - SHRIMP

Yang ni pulak, Vietnamese Shrimp Roll. Besar2 gak roll dia. Dah siap potong empat. For me, biasa saja. Sos dia pun biasa. Tapi I cicah gak dengan Sate Sauce tu jugak

STIR FRY KUEY TEOW WITH SLICED BEEF..SEDAP!!

Yang ni Stir Fry Kuey Teow with Slided Beef. Sekali tengok, besar nye portion. Sampai melimpah ruah kuah dia. N rasa dia pun, vavavoom. Rasa ala2 masakan cina gak rr. Untuk tekak I, memang sedap giler. Kuey teow dia pulak, buat sendiri tau. Besar-besar lak tu. Ni pun antara dish yang I rasa I akan order next time. Tapi first, kena try Bahn Mi dia dulu la. 

UNPHOGETTABLE

BELANJA GAMBO NGAN GENG MAKAN SEKALI..HEHEHE

Memang kenyang habis. Waiter pun cekap. Ambience pun just nice. Very, un”pho”gettable. Hehehe.
K, kalo u ols nak try Vietnamese Food, leh datang to any of Super Saigon branch. Leh follow IG diaorang..just cari je Super Saigon. Next birthday celebration, diaorang dah sebut nk Thai food..hahaha..ok jom!!

Chow guys!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...