Friday 12 January 2018

2018 - Anak Masuk Darjah Satu

Happy New Year 2018 semua..dah dua minggu baru nk wish. Hehehe. Busy dua minggu ni. Al-maklum la first time nk hantar anak masuk darjah satu. First week tu memang mencabar. Second week lak, penuh dengan hal kerja pulak. 

Berdebar jugak sebenarnya bila anak nk masuk darjah satu. Cepat rasanya masa belalu. Macam-macam bermain di kepala. Surat dari sekolah pulak, sampai lambat sampai kena pergi ambil sendiri surat dari sekolah. Nasib x terlepas orientasi. Antara perkara yang kami titik beratkan bila nk pilih sekolah Ziyad ni, yang utamanya adalah location. Lagi dekat dengan rumah, lagi bagus la. Senang. Dan kami pulak, pada mulanya ingatkan nk pakai van tp lepas bincang2, x jadi. So kitaorang kena hantar dan ambil la. Yang pening nye, waktu tengah hari. Sekolah yang Ziyad dapat ni, sesi petang dia ada KAFA. So budak2 yang dari sesi pagi, x perlu balik pun, Stay dekat school tu sampai petang. Untuk sesiapa yang ambil KAFA waktu petang la. Baju pun leh pakai baju sesi pagi. Xde rules yang ketat la pasal pemakaian ni. Macam intergrasi dah..

Just ada hari-hari nye yang perlu tukar baju. KAFA x berapa strict pasal pakaian. Untuk memudahkan budak2 x bergolot tukar baju. Tp kalo sesi pagi pakai baju sukan, kena tukar la. So seminggu, mungkin 2 kali la kot yang perlu tukar baju. Ada juga disediakan tempat untuk tukar baju dekat sekolah tu. Senang budak2 nk salin pakaian. 

First day masuk sekolah, memang ramai parents la. Tp Ziyad Alhamdulillah, steady jer..Mama dia yang berdebar. Ayah dia pun macam relax jerr..Buku teks pun semua dah dapat dah time orientasi. Tp kena di balut semula la. Bagi cun sikit. Hehehe.

During this time, apa yang kami nk ajar Ziyad :

1) Beli makanan sendiri di Kantin. 
Anak pun sebenarnya x pernah dengar perkataan kantin. Yela, kat sekolah je yang ada. Dia confius bila kitaorg sebut kantin. Bagi dia, kedai makan. Hahaha. Boleh la. First day, memang kecoh kantin. Sampai guru besar turun. Makanan habis. Budak besar pun x dapat. Pelik sungguh. Katanya tender kantin orang baru. Mungkin sebab tu la agaknya. X dapat anticipate ramai yang datang pada first day. Parents pun ramai. Tempat duduk pun x cukup. Pada hari2 seterusnya pun, sama jugak. Havoc dekat kantin. Yang I x boleh blah tu, ramai parents yang makan sama time lunch tu. So, makanan cepat habis. Anak I, hari kedua, x dpt makan dah..lauk yang dia nak semua habis. Tinggal lauk2 dewasa. Pelik gak kenapa masak lauk dewasa yang banyak. Ada pulak makcik2 yang nak menapau lauk time tu. Eh makcik ni. Budak ramai lagi yang x makan. Sibuk dia nk menapau lauk. Geram pun ada. Kami, makan dulu dekat luar sebelum masuk sekolah. Senang nk tengok anak n ajar dia membeli. Bila baca dekat group whatsapp jiran2..ramai yang isu kan benda ni. X sepatutnya jadi. Huhuhuhu..hopefully next week ok la sikit. Ni pun, skang, I bekalkan makanan. Just in case Ziyad x dpt makanan. Dekat sekolah ni, ada jugak set lunchbox. RM4 sehari sekali dengan air. Mula2 x ambik coz nk ajar Ziyad memilih makanan sendiri tp coz asyik x dapat makanan jerr (lauk habis) so kitaorang beli la set lunchbox tu. Kitaorang beli tanpa air so each day, RM3 saja. Bayar bulan dekat pihak kantin. I tengok jugak makanan lunch box tu. Ayam kicap n nasi, esoknye sup ayam n nasi. Setakat ni macam ok la lauk nye. Tp Ziyad ni kekadang picky. Nasi goreng x mau. Kueh teow pun x mau. Harap2 ziyad makan la lunchbox tu. 

So now, everyday i bekalkan Ziyad untuk makanan waktu rehat. Untuk menyenangkan dia.
Bekal simple2 jerr..


2) Cari kelas sendiri
Yang ni dah pass. Nasib baik kelas dia senang nk di cari. Betul2 sebelah toilet. Hahaha. Tp yang x bestnye, sekolah xde air. So toilet dia, sangat la berbau. Cam ne leh xde air time sekolah dibuka. Tapi perasan jugak, time orientasi tu pun, x berapa teratur. Kelam kabut sedikit, walaupun orientasi setiap tahun buat. Sekolah pun x di kemas sebelum sekolah dibuka. Toilet x cuci, berhabuk, so impression kami, for a start, memang down sikit la. Sekolah dia cantik, just banyak cosmetic stuff yang perlu diperbaiki. Apa pun, both classes, Ziyad pass cari sendiri. Good Boy. 

3) Tunggu dekat gate sekolah
Yang ni pun payah. Huhuhu. Ada sekali tu, I suh tunggu kat kantin, dia pergi tunggu depan gate. Lebih 10 min kot I duk mencari. Bila I jumpa, tengok dia dah siap makan ice cream. Aik?? Rupanya ice cream bangunan depan sekolah. Dia pergi luar gate rupaya. Bahaya betul budak ni. Bila kitaorang start bg dia duit belanja, dia dah start suka membeli. Walaupun benda2 yang nampak x perlu. Ok lagi la. Bagi la dia merasa nk membeli tu. Tp bila dia keluar gate, memang angin la. Dah la puas I duk mencari. Huhuhuhu..Stress giler..

Seminggu gak I duk tengok dia. Tp bila datang hari Jumaat, kesian jugak coz dia kena tunggu dalam 3 jam. Tengah fikir nk ambil transit ke x. Huhuhuhu. Isnin lepas is the first day dia sorang2, setakat ni Alhamdulillah. X salah kelas, xde merayau..juz dia terlupa nk ambik lunchbox. Pergi beli lunch pulak dah. Tp esoknye semua dah ok.


Belanja gambo first day hari tu..❤❤ beg merah tu dapat free pada hari orientasi. Tp kena tulis nama la..coz semua budak dapat. Senang nanti tertukar..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...