Thursday, 6 September 2018

Lunch @ Killer Gourmet Burger (KGB) Bangsar

Kami nk menyambut tiga orang geng birthday. Atas permintaan birthday girl..kami turuti perintah..hehehe, diaorang nak ke KGB Bangsar. KGB stands for Killer Gourmet Burger. I selalu dengar pasal KGB ni tapi x pernah mencuba la. KGB ni berdekatan dengan kawasan ofis so senang sikit nk pergi. Kalo ajak mr hubby ke sini, agak jauh la kan. Chill out dengan geng2 ofismate. Diaorang ni kaki makan gak..tu yang syok. 

Kami naik grab saja untuk kemari. Ada jugak KGB dekat Mid Valley tapi kai opt untuk pergi ke Bangsar saja. Senang nk drop off and on. Apa yang ada dekat KGB ni..of coz la Burger. Kami keluar awal sedikit, so time kami sampai, xde orang pun. Hari tu, kami dalam 10 orang la, nak belanja 3 birthday girls…

Lama jugak kami nk decide nak makan apa. Sorang je dari kitaorang yang pernah makan sini..so dia la yang recommend. Bila I baca menu tu, I terus cari burger yang ada rasa pedas2 sikit, lagi2 unutk beef, takut I muak makan. So last2 I order Sante Fe. Ada guacamole & Jalapeno. Bg rasa pedas2 sikit. 

MENU YANG PELBAGAI

KAUNTER ORDER

Ramai yang order Tornado Beef and Tornado Chicken. Yang lain, order Bash, Animal Style, Bella Bomb Tower and Truffle’d Swiss. Add on, kami order Texas Jalapeno Fries (Beef) dan jugak Golden Salted Eggyolk Chicken Wings. 

SANTE FE

I ambik set, untuk add on set, tambah Rm6.90 la. I upgrade lagi air, jadi lemonade coz I x mau air gas.Lemonade dia sedap..masam2..i like. Fries dia pulak, I ambil Sweet Potato Fries. Fries dia ada pilihan gak. I citer pasal burger I dulu la ea coz bege yang lain, I sempat try satu jer..Kenyang wei. Mine, Sante Fe Burger (Grilled Beef, Guacamole, Smoked Chipotle Mayo, Crispy bacon and Jalapeno). For me, beef patty dia memang terbaik la. Juicy yang amat. Sekali dengan beef bacon and sos mayo dia, serious I suka. Jalapeno dia pulak, bg rasa pedas2 sikit. Habis wei I makan sorang. Memang sedap. Sweet potato fries dia pulak, perghh…sedap. Panas2 lepas goreng tu kan, memang manis. Crunchy lagi. Ada juga special sos dia..sedap gak..mustard of coz jgn lupa..sos2 leh ambil sendiri dekat meja yang disediakan dekat situ. 

TRUFFLE'D SWISS

Yang ni pulak, Truffle’d Swiss. Member I x habis. Nasib hari ni ada geng lelaki yang mai. So diaorang la tukang habiskan makanan. Hehehe. I try jugak one bite burger ni. Yang ni pun agak sedap. Mushroom dia banyak kot. Tp beef patty dia memang boleh buat orang jatuh cinta. Hehehe. Susah nk jumpa patty yang juicy. KGB nye ni, memang kena la dengan tekak I. 

BASH

BELLA BOMB TOWER

CHICKEN TORNADO

BEEF TORNADO

ANIMAL STYLE

SALTED EGG YOLK CHICKEN WINGS

Salted Egg Yolk Chicken Wings dia sampai kemudian..time tu masing2 dah hampir kekenyangan. I makan dalam beberapa bite jer..for me la kan, salted egg yolk ni macam x berapa kena dengan ayam. Kalo ketam, udang atau sotong, confirm sedap la..tp kami gagahkan jugak habiskan semua ayam2 tu..

YANG NI GENG LELAKI YANG ORDER. STRAWBERRY FLAVOR TU..

TEXAS JALAPENO FRIES

Yang lain, semua kata ok walaupun rata2 I nmpk x semua yang habis, coz portion dia agak besar, kalo set pulak, datang sekali dengan fries. Member sorang tu order Bash. I nampak dia laju gak habiskan burger dia, tp last2 dia kata dia punya agak manis..bila baca dekat menu..ada maple conrflakes rupanya. Wow, macam2 boleh ada dalam burger. Ada jugak bege korean kat sini. Siap ada kimchi dalam bege. Mula2 nak try Seoul Burger which is Caramelized Crusted Chicken with Kimchi Mayo, Caramelized Kimchi and Sunny side egg. Tapi lepas tu x jadi coz takut rasa dia pelik. Hahaha. Ada juga kimchi fries di sini ye. I walaupun diehard fan Korean food, tp bila bab2 fusion ni, i risau sikit. Takut x kena dengan tekak I..but for those yang dah try..kalo sedap..leh inform..

Bila semua dah kekenyangan, its time to panggil grab and balik office. What a satisfying lunch. Dari segi harga, up sikit la, tp memang puas hati. Overall, if you are into burgers, this is among one of those places you should try. I kalo burger, mesti ambil Beef, tp kalo burger Ramly jer, confirm ayam sepcial. Hahaha. 

K, chow guys. 


Address: 23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-2201 1220

Tuesday, 4 September 2018

Lunch @ Ruby Legacy Restaurant Klang

Lama duk usha restaurant ni. So bila usha IG JJCM TV3 tu, keluar la restaurant ni. Pernah masuk JJCM kedai ni. Mertua I memang dekat Klang so time tu memang dah otw nk ke rumah mertua la. So I ajak mr hubby pergi makan sini. Memang late lunch. Sebelum tu teman mr hubby ke kedai pancing dulu. Dalam pukul 3 jugak la sampai. Kenapa restaurant ni antara tempat yang I nk sangat pergi..coz menu dia, memang menu2 kegemaran I. Nasi Ayam Hainan, Mee Hailam, Mee Wantan, Mee Kicap..menu kopitiam. 

Sampai saja, kami customer yang kedua la. Tp x sampai 10 minit, ada 4 lagi family sampai. Ramai jugak late lunch macam kitaorang ni ye..ke diaorang dah start minum petang. Lama gak nk pilih coz banyak sangat yang I nk cuba. So last2, mr hubby pilih Mee Kicap, I pilih Mee Wantan, n anak-anak of coz, Nasi Ayam Hainan. Air dia pulak, I saja try Cham Ais dia. 

MENU


SUASANA KEDAI

Ni Mee Kicap mr hubby. Not bad la rasanya tp dari segi portion, mr hubby macam x cukup jer..kalo perut I confirm kenyang la. Anak-anak time tu x habis pulak makan nasi ayam, so mr hubby la yang habiskan. 

MEE KICAP

Ni my Mee Wantan. Sedap jugak. Pernah try yang lagi sedap la. Tp rasanya antara tiga dish yang kitaorang order, nasi ayam dia kot yang paling sedap. Nasi dia sendiri dah sedap and lembut. Sup dia pulak, sup jernih. Sedap. Sambal dia, memang kick la. Kalo ada tauge ni, confirm lengkap. Hehehe
Cham Ais dia, x sampai separuh, I dah pass dekat mr hubby dah..hehehe..perut kosong, I minum caffeine..terus tangkap kepala. Pening terus. Sejak dua menjak ni, mcm x leh langsung minum kopi..minum sikit pun, dah terasa pening dia..i’ll stick to tea saja la. Dari segi harga, overall for me, still affordable la. 

MEE WANTAN

NASI AYAM HAINAN

SOS YANG SEDAP

Nampak dari sign board dia hari tu, rasa kedai ni macam nk tutup sementara. X sure la sebab nak renovation ke apa. So make sure check IG diaorang atau pun FB diaorang, Ruby Legacy Restaurant for updates ea. Apa pun, lepas ni nak repeat lagi. Nk try toast dia & Chicken Chop Hainan dia pulak. 

K, chow guys!!

Address: Taman Sri Pesona, 41200 Klang, Selangor

Thursday, 30 August 2018

Short Trip to Penang 2018 : Leisure Cove Hotel & Apartments

Musim cuti sekolah dengan Raya Haji hari tu, kami decide tuk bawak anak-anak pergi bercuti di Penang. Lama x jejak kaki kat sana. Rasa last pergi, dalam 5 tahun yang kot. Lama dah. So 2 minggu sebelum nk pergi bercuti, kami dah start nk booking tempat penginapan la. Kami dah usha banyak hotel & apartment dah, tp banyak jugak yang dah fully booked. Dan kalo yang ada pun, x muat untuk kami berlima. Skang bila anak-anak dah start besar, kami kalo boleh, kena cari family room atau two rooms la. So lepas baca review semua, last kami decide tuk book 3 hari 2 malam di Leisure Cove Hotel & Apartments, situated dekat Tanjung Bungah. Kami pilih two bedroom apartment. Luas sikit. Memandangkan ni apartment, so xde breakfast la. Kami book via Traveloka Apps. Senang dan mudah. 

Kami sampai dalam pukul 4. Check in memang senang la. Kena letak duit deposit RM100 tau time nk check in. Bila check out, claim balik. Nk cari apartment ni pun senang. Berpandukan waze, InsyaAllah akan sampai. Time sampai tu, anak I yang kecik tengah tido, so terpaksa la angkut dia bawak naik atas. 

 Jom usha gambar-gambar apartment 2 bili kami hari tu ea..

CHECK IN

LOBBY

HARGA BILIK. 

MINI KITCHEN..DAPUR MASAK XDE YE. ADA MEJA MAKAN SEKALI. SENANG UNTUK MAKAN2

RUANG TAMU

MASTER BEDROOM

BATH TUB DI BILIK MASTER

SECOND BEDROOM. 2 SINGLE BEDS. ANAK TENGAH KEPENATAN. 

VIEW FROM TINGKAT 1

AMENITIES

Kami pilih sea view, tp malangnya dapat tingkat 1. So xde apa sangat la yang boleh di view kan. Banyak pokok2 la. Tapi still leh nampak laut. Kami sengaja pilih two bedroom apartment coz untuk 3 hari 2 malam, at least budak2 ada ruang tidur sendiri dan ada ruang untuk main kejar2..hahaha. Lagi pun, bilik ni, ada bath tub tau. Tu antara plus point apartment ni. Swimming pool pun ada. Dekat kawasan roof top apartment ni. Leh swimming sambal enjoy the view. 

Swimming pool dia not bad. Ada kids pool, an adult pool, and a round pool tuk duduk2 sambil tengok pemandangan luar. Tp duduk atas bumbung kan, angin dia, sejuuukkk. Anak-anak I mandi sekejap jer coz asyik duk mengadu sejuk jer..Adult pool dia best. Dalam, so seronok berenang. Dapat la swimming dalam sejam jer, so lepas tu, budak2 ni sambung mandi dekat bath tub pulak. 

ADULT POOL

KIDS POOL

VIEW DARI ROOF TOP. NAMPAK MASJID TERAPUNG

Overall, for me, cara layout dan susunan apartment ni ok. Just ada a few items yang perlu dipebaiki la. Faucet dekat toilet dua2 bermasalah. Air asyik menitik jer. Towel pulak hari first tu, diaorang lupa nk letak. Nasib kami ada bawak spare. Tp still x cukup la. Hari kedua, baru diaorang sediakan towel. Parking pun agak susah, coz very limited. Malam first tu, kami terpaksa letak kenderaan dekat luar kawasan coz dah penuh. First come first serve. Lambat, sila parking luar la ea..Yang lain, semua ok. Water pressure ok, air cond ok, bersih, dapat 8 botol air, and additional ameneities coz duduk 2 malam kan..overall, memang berbaloi dengan harga yang kami dapat. Bilik luas, Kedudukan hotel pun just nice. Dekat dengan pantai. Ada laluan di sebelah hotel ni untuk ke pantai.

Apa yang kami buat selama 3 hari 2 malam di Penang???? Tunggu entry seterusnya ye. ☺☺

Address: 563, Jalan Wee Hein Tze, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang





Sunday, 19 August 2018

Lunch @ Oiso The Sphere Bangsar South

Lama x menapak dekat the Sphere Bangsar South ni. Sejak renovation hari tu, kami dah xde ke sini la. So hari tu, member bagi tau yang diaorang dah pergi ke The Sphere tu, dan makan Oiso. Sebelum ni, Oiso tu memang dah lama bukak dekat situ. So kami pun teruja, lagi2 geng ofismate. Lama x pekena makanan korea. I selalu jugak makan Oiso, tp cawangan IOI City Mall la. 

Member sorang ni, dari dalam ofis duk cerita yang dia teringin nk makan Chicken Ginseng. I x pernah cuba la pulak dish tu, so x leh nk comment. Kami gerak tengahari, naik grab jer, senang. Sampai2 jer, perghh..dah lain dah The Sphere ni. Serious nampak menarik bila dah revamp ni. Banyak kedai makanan baru dekat sini. Tu yang buat kami teruja. Tp kami focus..ke Oiso saja..hahaha. Takut tersinggah masuk kedai makan lain. Sampai je kat Oiso, kena tunggu pulak. Fullhouse wei. So usha menu nye dulu. Menu dia sama je macam menu di kedai Oiso yang lain. Sorry x terambik lah gambar menu dia.

Apa yang kami order, I macam biasa, x leh move on lagi, my favourite, Kimchi Jigae. I sendiri pun x tau kenapa x leh move on. I just love the taste. Yang lain, BBQ Chicken, Seafood Ramen & Ginseng Chicken. 

MEJA KAMI

Walaupun ramai orang, tapi makanan n minuman cepat gak sampai. Tp menu yang paling menarik sekali, ada Ginseng Chicken. Besar giler portion dia. Rupanya, nasi dia dalam mangkuk tu sekali. Macam bubur dah. Kami take turn jugak la merasa. For me, I sendiri x tau nk cakap apa. Hahaha. Macam makanan orang berpantang kot. Bila hirup, rasa badan panas. Soothing la. Bila makan tu, tau tu makanan sihat. Garam pun macam xde. Member siap pesan soy sauce lagi. Katanya ni first n last la order. Hahahaha. Tp kagum la, dia try habiskan jugak. Tapi last2 tapau bawak balik. 

GINSENG CHICKEN

Kami yang lain ni, memang habis licin la. BBQ Chicken dia seriously sedap. Seafood Ramen jangan cakap la. Memang sedapp giler. Member yang order ni, x suka Korean food pun. Tp dia gagahkan jugak ikut kitaorang. So I rekomen order seafood ramen. Memang habis la dia makan. 

BBQ CHICKEN

KIMCHI JIGAE RM19.90

SEAFOOD RAMEN RM 17.90

Overall, semua puas hati la. Seronok dapat makan Korean food ramai-ramai. Sambil makan, sambil membawang, hahahaha. Harga Oiso ni, for me, affordable. I memang peminat tegar Oiso la. Lps je makan, kami ke Family mart pulak. I lagi teruja bila nmpk ada family mart kat situ. Terus I ajak semua makan ice cream pulak. Lepas ni, kalo mengidam nk matcha ice cream, leh la kitaorang le situ. 

Lepas ni, The Sphere akan jadi antara tempat makan hot spot kami la. X sabar nk try kedai makanan dia yang lain. 


K, chow guys!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...