Monday, 14 May 2018

Short Trip to Kuantan 2018 : JJCM Kuantan to Temerloh

Lama wei x jelajah bandar Kuantan. X ingat bila last datang sini. So bile dah bercuti, harus la JJCM. Bila google je tempat makan yang sedap dan menarik di Kuantan, akan keluar la beberapa tempat yang sememangnye viral dan ramai pengunjung. So ini antara beberapa tempat makan yang kami terjah sepanjang percutian 3 hari dua malam kami di Kuantan. 

KULA CAKES
Rasanya semua yang pergi ke Kuantan, pasti akan menyinggah ke Kula Cakes. Walaupun hotel kitaorang ni berdekatan je dengan Kula Cakes ni, tp still x berkesempatan nk makan dekat situ. Kami hari tu tapau jer. Start bukak jer, around pukul 1 tengahari,  I terus beratur. Time tu kami nk bergerak pergi Temerloh. Plan nk makan di perhentian seterusnya la. Kenapa x makan situ?? Anak2 tido. So cian nk kejutkan diaorg. Lagi2 semua jenis payah nk tido. So kalo tido siang tu, maksud memang penat la tu. 

KULA CAKE

PELBAGAI VARIETY CAKE

MANGO CHEESECAKE

Time beratur tu, belum bukak lagi pun line dia dah panjang. Ramai dah chop tempat dekat situ. Perghh..nasib I orang yang kelima..cepat gk rr. I dah memang aim nk Mango Cheesecake tu. Tp bile masuk je kat kedai tu, ada banyak choice cake yang sedap2..last2 I order 2 Mango Cheesecake dan Pavlova. Orang depan I, rasanye macam tiap satu cake tu dia order..memang peminat tegar tu. 

Seriously, Mango Cheesecake dia is to die for. Sedap giler!! That's why orang sanggup beratur panjang berjela tuk dapatkan kek dia jer..apa pun, I will confirm revisit n makan dekat situ. Tunggu saja ye. Hehehe

MAIL IKAN BAKAR Tanjung Lumpur
Bila dah sampai ke Tanjung Lumpur, kitaorang duk mencari seafood pulak. Ana Petai Ikan Bakar siap ada dua cawangan dekat tanjung lumpur tu saja. Tp time kami sampai, penuh giler dengan orang. I pernah makan dekat cawangan Bangi, not to my liking sangat. Mungkin juga coz I x berapa suka petai la kot. So bila tengok penuh sangat tu, terus x jadi. Ke pilihan seterusnya, ke Mail Ikan Bakar. Time ni, nampak pengunjung baru nk ramai. Nasib dapat tempat. So apa kami order, ikan bakar, sotong goreng tepung, tomyam dan sayur. 

IKAN BAKAR

SOTONG GORENG TEPUNG

OUR DINNER

Ikan bakar dia, for me biasa sahaja. Jenuh gak nk habiskan..Sotong dia agak sedap jugak la. Time ni dah start peak so makanan dan minuman xde la awal mana sampainya..mengamuk gk rr anak-anak I. Overall, for me, makanan dia biasa saja..tp yang paling x tahan tu, harga dia giler mahal. Utk apa yang kami order tu, terkejut gak rr bila time nk bayo. So this is probably the first and the last la. Sorry to say. Can get better food with better price elsewhere. Makanan dia yang lain, x leh comment. Ramai gk I nampak order kerang dia. I berdua je ngan mr hubby. Anak2 bukan pemakan seafood. so susah sikit la nk makan banyak2.

But this is just my preference. Lidah masing-masing kan. I selalu gak makan kedai seafood, lagi2 kampung I tepi pantai jerr..so dari kecik, dibesarkan dengan ikan & seafood. Ayam memang jarang2 dulu. Time nk balik tu, kedai ni memang dah full house. Apapun, if you are in Tanjung Lumpur, leh la kalo nk menyinggah sini. 

Address : Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
Bukak pukul 5pm

SATE WAK RADOL
Kenapa Sate?? Coz ni kedai yang paling dekat dengan hotel waktu tu. Perut dah lapo, n bau sate dia menusuk kalbu. Hehehe. So saja nk try. Order sate and makanan dinner masing2 la. Sate dia not bad, Sedap jugak. Malam tu ramai gak yang duk makan sate ni. Anak I sampai satu tahap asyik duk tanya kitaorang, kenapa asyik makan jer. Lepas makan, makan lagi. Hahaha. JJCM la katakan. 

HARGA..

SATE DAGING N AYAM. DAGING LAGI SEDAP LA. 

KUEH TEOW KUNGFU

GO'BANG MAJU - Restaurant Patin Tempoyak
Antara menu yang paling dicari bila pergi Pahang, x lain x bukan, Ikan Patin. Kitaorang lepas je dari Kuantan, pergi ke Temerloh pulak. Pg Kubang Gajah Mini Waterpark. Tunggu di entry yang lain ye. So otw ke Mini Waterpark tu, terjah Go'Bang Maju Restoran Patin Tempoyak. Kedai ni dengan waterpark tu dekat giler rupanya. Kitaorang sampai dah macam minum petang dah tp still ramai lagi pengunjung dekat Go'bang ni. 

WELCOME

PATIN BAKAR. UNIQUE RASA. FIRST TIME MAKAN PATIN BAKAR.

3 NASI, PATIN BAKAR N PATIN TEMPOYAK

PATIN TEMPOYAK

Menu pilihan, Ikan Patin Bakar dan Ikan Patin tempoyak. Anak2 makan ayam goreng.
First time makan Patin Bakar. Lain rasanya. Rempah dia kot. Tp I prefer Patin Tempoyak dia la. Lagi flavorful. I bukan la peminat sangat tp sekali sekala, leh layan ikan patin ni. Masyuk!! Ada macam-macam makanan sampingan dekat sini. X sempat nk snap. Snap apa yg ada atas meja je. Hehehe. Cuaca memang panas petang tu. Tp, layanzzz je la.

Address: 1/4 Mile Jalan Triang, Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang

Mr hubby kata nk menyinggah lagi ke Kuantan. Boleh berJJCM lagi next time & juga sebab mr hubby nak pi memancing. Husband dah dua kali dah memancing Kuantan. Orang nak berhobby, kita support. 😏

Untuk baca review penginapan kami dia Hotel Sentral Kuantan, leh baca disini ye : CLICK HERE


Thursday, 3 May 2018

Lunch @ Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Jarang-jarang dapat lunch kat hotel. Ni merupakan first quarter event ofis kitaorang. Usually every quarter, group ofis I akan buat event, sama ada makan2, jalan2 atau main2. Hahaha. This time, makan lunch buffet di Nook Aloft Hotel. Kitaorang ok jer coz, tempat ni, senang je untuk kitaorang pergi coz leh naik LRT jer. X perlu nak drive and cari parking. Kalo event dekat2 ngan ofis atau rumah I, memang akan suka la. Convenient. Nk sampai ke Aloft ni, dari Nu Sentral, kena lalu pathway dekat dengan Secret Recipe tu. Kena jalan sikit la. X jauh pun. 

WELCOME TO ALOFT


Sampai-sampai ajer dekat Nook restaurant ni, interior dia memang screams cosy and modern at the same time. I suka tema kaler hijau dia. Kitaorang dpt seating di bahagian depan sikit coz takut menganggu customer lain kan. Maklumla, kitaorang ni kekadang memang agak bising jugak. 

I x berapa nk tahu harga lunch buffet dia berapa coz semua di organize oleh organizer event. Tp confirm below RM100. Tp exact price, I sendiri x tau. Sorry guys. Datang hari tu, serious untuk enjoy makan, coz dah lama wei x makan buffet2 gini. Selalu time bulan Ramadhan jer. 

First glance on the menu, ehm, ada macam2 jugak. Ada western, local, lots of salads and condiments, laksa Sarawak, desserts, pizza, and lots of others mouthwatering food. I banyak kali round jugak ambik. Tapi x dpt la nk merasa semua. I kalo pergi buffet, x berapa suka ambik nasi. Lauk pauk jer i selalu ambik coz kalo makan nasi, cepat sangat kenyang. 


PIZZA..YUMMY



LAKSA SARAWAK. THEIR SIGNATURE DISH

ABC

KUIH MUIH N KEK

POPCORN CORNER..TIFFIN TU CANTIK KAN.



Tapi kan, for me, benda yang paling sedap adalah salad and their choice of salad dressings. Perghh..serious sedap giler. Olives dia, choice of salad, yang best, choice of dressing. First time I try orange and raspberry dressing. Both sedap. I lagi prefer orange, cos goes really well with the salad. I terus jadi peminat tegar olive lepas hari tu. Rasa sedap ya amat. Hehehe. Dishes yang lain, not bad. Pizza dia sedap, dessert ok, popcorn crunchy, choice of lauk pauk pun sedap. Tp lunch kan, x leh nk sebu sangat perut, kang x leh nk sambung kerja kang. Terlentuk lak nanti. Hehehe

YOUR CHOICE OF SALAD

SOME OF THE CHOICES TO PUT ON YOUR SALAD

LOVE THEIR DRESSINGS..SERIOUSLY DELICIOUS

Ada jugak coffee machine dekat situ, tp knowing me, I memang x reti nk operate the coffee machine, so last2 tried their hot choc..plus some dark choc syrup..perghh. Terus rasa segar. Lg pun, I x leh terover caffeine nanti pening. Selepas tu, ada ucapan-ucapan sedikit dari VP kitaorang. Cerita serba sedikit pasal performance overall. Quite interesting la this round punya event. Good environment, good food, good company, overall, it was a really good lunch. Happy jer semua orang. Lagi2 perut I. Kekeke. Rasa Ramadhan buffet dia mesti kebaboom jugak. 

X sabar nk try other buffets..but now I need to diet a bit. I'm gaining weight!! Huhuhuhu

Address : Address: N0 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Monday, 30 April 2018

Lunch @ Tovista KL Gateway Mall

Seronok bila ada orang yang nk belanja. Memandangkan masing2 sibuk, so x boleh mencari tempat makan yang jauh. Tuan empunya yang nk belanja, cadangkan KL Gateway Mall. Kami on saja, tp bila sampai ke KL Gateway, x tau nk terjah kedai mana. So last2 I cadangkan Tovista, coz pernah nmpk masuk JJCM. So kitaorang berharap makanan dia sedap2 la. 

Some info on Tovista 
Tovista exist by taking a good leap for Touch, Vision and Taste. It is the idea behind these THREE cores that make us who we are as a brand. The establishment opens up a wide range of menu for Spanish and even Asian favourites accompanied by great selection of fine coffees to mocktails to milkshake! We focus solely on the quality that is given through our connection with our customers and the loyalty we commit to our brand. Have a drink with us, you’ll notice the difference!

WELCOME TO TOVISTA

NICE INTERIOR..VERY HOMEY

I like the environment. Very cosy, sesuai sangat untuk lepak ngan kawan-kawan, gossip2 sana-sini. Dekat sini, self service. Kena order di kaunter. Lama jugak la kitaorang nk decide nk makan apa. Kat sini, more to western and local dishes la. I sempat gak usha IG dia, tngk gambar2 makanan dia. Hehehe. So last-last, I ordered their Fish n Chips. Yang lain ordered, Salted Egg Prawn Pasta, Tovista Beef Burger, Grilled Chicken, Nasi Lemak & Chocolate Chip Frappe. 

MENU

MENU

MENU

I suka datang ke KL Gateway Mall ni walaupun x banyak kedai makan sangat tp ada kedai2 yang I suka. Dan kat sini, x ramai orang, so senang. Tngh gossip2 tu, Chocolate Chip Frappe pun mai..perghh..tngk pun dah leh leleh. Portion memang besar. Kalo I, boleh dikongsi ngan anak2 la kalo gitu. Hari tu, air tu, kitaorang kongsi bertiga. Sejuk..lg pun I tngh pantang ais..walaupun ada masa tibai gak tp kalo boleh, nk dielakkan la. Dari segi rasa, kebaboom. Memang marvelous la. Sedap!! 

CHOC CHIP FRAPPE

Ni pulak, my Fish n Chips. Presentation wise, memang tip top la, Visual dah nmpk tempting. Colourful Taste wise..ehmm..Fish dia for me, is excellent. Crispy and fluffy. But the sauce, chips and salad, for me, ada hit n misses. Sauce dia, memang x “go’ dengan tekak I. Patut bg tartar sauce jer..fries dia pulak, masin sedikit. So nk habiskan agak payah. Portion size ok. Harga pun ok lagi. 

FISH N CHIPS

Ni pulak, Salted Egg Prawn Pasta. Katanya signature dish dekat sini. Diaorang x berapa suka pasta tu, tp for me, I suka. X berapa masin, cukup lemak, juz kalo makan sorang rasanya boleh muak jugak la. Tp taste wise semua ada. Tp itu tekak I saja. Yang lain x berapa gemar.

SALTED EGG PRAWN PASTA

Ni pulak, Tovista Beef Burger. Besar kot. Terkedu member, coz dia dah tau x leh nk habiskan. Hahaha. For me, patty dia biasa..n masin jugak. Macam terlebih garam semua. Juz kalo dikurangkan garam tu, rasa overall mesti sedapp..

TOVISTA BEEF BURGER

Ni pulak Nasi Lemak and Grill Chicken. Yang ni, geng2 boy makan. I xde makan la, tp diaorang kata, ok saja. Nasi Lemak tu, katanya so-so saja. Tekak masing-masing.

NASI LEMAK AYAM

GRILL CHICKEN

So overall, walaupun perut kenyang, semua macam x berapa nk puas hati.. Sori la geng, I yang pilih tempat. Next time, kita meng"cofffee" atau meng"frappe" saja di sini ye. Ada jugak jual kek, tp x snap lak hari tu. Menu dia ada macam2 lagi sebenarnya. Ada pizza jugak disini. 

Address: LOT LG1-26, Gateway Kiaramas, Batu Complex Bussiness Centre, 60000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

K, x leh lama, ada meeting kena attend. Hehehe. Till next time. 



Monday, 23 April 2018

Short Trip to Kuantan 2018 : Hotel Sentral Kuantan

Alkisah cuti sekolah hari tu. Plan asalnya xde pun nk pergi jalan-jalan tp tetibe mr hubby ada keja outstation dekat Muadzam Shah, so alang2, kitaorang ikut la sekali. First time cuti sekolah, so kami ni nak jugak la bawak Ziyad pergi bercuti time seminggu tu. Hari first tu, kami lepak dekat Politeknik Muadzam Shah. Esoknye baru kitaorang bergerak dari Muadzam ke Kuantan. 


Memandangkan ni dah last minute booking hotel, so kebanyakan hotel dah fully book. Tp still ada banyak jugak hotel yang within our budget. Mr hubby kalo boleh, nk dekat dengan Sungai Kuantan tu. Kenapa?? Nak memancing senang. So, kitaorang pun mencari la hotel2 disekitar Sungai Kuantan tu. Tup2 ada lagi bilik di Hotel Sentral Kuantan. Kitaorang ambil yang family room. Terus tempah 2 malam. Hotel ni xde swimming pool. Kitaorang kali ni memang saja x mau cari yang ada pool. Coz dah fikir nk pergi mandi manda di tempat yang lain. 

ON THE LEFT, ENTRANCE TO CAFE

HOTEL LOBBY


So, bermula la episode bermalam 3 hari dua malam di Hotel Sentral. First glance, hotel ni agak baru lagi coz nampal facilities semua macam ok lagi. Parking kereta, di bahagian belakang hotel. Ada banyak parking la tp kawasan yang bertanah so kalo hujan, memang akan lecak la. Nasib hari tu, x hujan langsung. Lif dia pulak ada dua, n satu lift u memang cukup2 untuk kami satu family. Memang kena take turn la lift u. X leh masuk sekali ramai. X muat. Check in dan check out, dua2 hassle free. Receptionist pun friendly. 

FAMILY ROOM

SHOWER

AMENITIES

ABAIKAN SEPAH2 TU YE. HEHEHE

Kitaorang ambil family room, coz family room ni ada one queen and one single bed. So cukup untuk kami berlima. Bilik memang besar jugak la tp x leh la nk sampai berlari sana sini. Kebersihan bilik memang ok. Ingat kitaorang dapat pemandangan belah sungai, tp tidak..dapat pemandangan bangunan sebelah. So tingkap memang tutup sentiasa. Facilities semua ok. Water heater ok, water pressure pun ok, aircond pun ok. Bilik air pun comey jer. No bath tub, juz shower saja tp itu pun dah cukup buat anak-anak I teruja. 




Bila family room ni, dapat 3 breakfast so Ziyad x perlu nk bayar la. Time kami breakfast tu, full house, so kena tunggu meja kosong baru dapat makan. Café dia memang di ground floor saja. Breakfast spread dia ok saja, tp mencukupi. Setiap hari, berbeza breakfast dia. Yang paling win hari tu, ada jus nenas dan popia goreng mini dia. Memang sedap. Yang lain, semua ok-ok saja. Memandangkan hotel ni di kawasan bandar, so ada banyak kedai makan berdekatan dengan hotel ni. 

Dari segi location, hotel ni memang terbaik. Dekat dengan Sungai Kuantan, dekat dengan Kula Cakes, dekat dengan playground dan taman untuk kanak-kanak dan yang paling penting, dekat untuk husband pergi fishing. I layan kan ajerr..dia baru je start hobby memancing ni. Nasib dapat ikan. Tp bagi orang je la. Overall, semua happy. For me, I suka hotel ni. Harga pun not bad. Kitaorang booking via traveloka untuk 3 hari dua malam hari tu. Memandangkan dah sampai Kuantan, harusla JJCM jugak kan. Sampai anak I asyik sebut kitaorang ni asyik makan jer..diaorang kalo boleh nk lepak bilik jer...hehehe..K, jumpa di entry2 seterusnya. 

❤❤



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...