Monday, 23 April 2018

Short Trip to Kuantan 2018 : Hotel Sentral Kuantan

Alkisah cuti sekolah hari tu. Plan asalnya xde pun nk pergi jalan-jalan tp tetibe mr hubby ada keja outstation dekat Muadzam Shah, so alang2, kitaorang ikut la sekali. First time cuti sekolah, so kami ni nak jugak la bawak Ziyad pergi bercuti time seminggu tu. Hari first tu, kami lepak dekat Politeknik Muadzam Shah. Esoknye baru kitaorang bergerak dari Muadzam ke Kuantan. 


Memandangkan ni dah last minute booking hotel, so kebanyakan hotel dah fully book. Tp still ada banyak jugak hotel yang within our budget. Mr hubby kalo boleh, nk dekat dengan Sungai Kuantan tu. Kenapa?? Nak memancing senang. So, kitaorang pun mencari la hotel2 disekitar Sungai Kuantan tu. Tup2 ada lagi bilik di Hotel Sentral Kuantan. Kitaorang ambil yang family room. Terus tempah 2 malam. Hotel ni xde swimming pool. Kitaorang kali ni memang saja x mau cari yang ada pool. Coz dah fikir nk pergi mandi manda di tempat yang lain. 

ON THE LEFT, ENTRANCE TO CAFE

HOTEL LOBBY


So, bermula la episode bermalam 3 hari dua malam di Hotel Sentral. First glance, hotel ni agak baru lagi coz nampal facilities semua macam ok lagi. Parking kereta, di bahagian belakang hotel. Ada banyak parking la tp kawasan yang bertanah so kalo hujan, memang akan lecak la. Nasib hari tu, x hujan langsung. Lif dia pulak ada dua, n satu lift u memang cukup2 untuk kami satu family. Memang kena take turn la lift u. X leh masuk sekali ramai. X muat. Check in dan check out, dua2 hassle free. Receptionist pun friendly. 

FAMILY ROOM

SHOWER

AMENITIES

ABAIKAN SEPAH2 TU YE. HEHEHE

Kitaorang ambil family room, coz family room ni ada one queen and one single bed. So cukup untuk kami berlima. Bilik memang besar jugak la tp x leh la nk sampai berlari sana sini. Kebersihan bilik memang ok. Ingat kitaorang dapat pemandangan belah sungai, tp tidak..dapat pemandangan bangunan sebelah. So tingkap memang tutup sentiasa. Facilities semua ok. Water heater ok, water pressure pun ok, aircond pun ok. Bilik air pun comey jer. No bath tub, juz shower saja tp itu pun dah cukup buat anak-anak I teruja. 




Bila family room ni, dapat 3 breakfast so Ziyad x perlu nk bayar la. Time kami breakfast tu, full house, so kena tunggu meja kosong baru dapat makan. CafĂ© dia memang di ground floor saja. Breakfast spread dia ok saja, tp mencukupi. Setiap hari, berbeza breakfast dia. Yang paling win hari tu, ada jus nenas dan popia goreng mini dia. Memang sedap. Yang lain, semua ok-ok saja. Memandangkan hotel ni di kawasan bandar, so ada banyak kedai makan berdekatan dengan hotel ni. 

Dari segi location, hotel ni memang terbaik. Dekat dengan Sungai Kuantan, dekat dengan Kula Cakes, dekat dengan playground dan taman untuk kanak-kanak dan yang paling penting, dekat untuk husband pergi fishing. I layan kan ajerr..dia baru je start hobby memancing ni. Nasib dapat ikan. Tp bagi orang je la. Overall, semua happy. For me, I suka hotel ni. Harga pun not bad. Kitaorang booking via traveloka untuk 3 hari dua malam hari tu. Memandangkan dah sampai Kuantan, harusla JJCM jugak kan. Sampai anak I asyik sebut kitaorang ni asyik makan jer..diaorang kalo boleh nk lepak bilik jer...hehehe..K, jumpa di entry2 seterusnya. 

❤❤



3 comments:

  1. Ana dah pernah stay sini. Memang puas hati. Lokasi tengah2 bandar pula tu. Senang nak ke mana2.

    ReplyDelete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  3. kuantan mmg food heaven jgk tu...mcm penang la kan...heee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...