Wednesday, 17 July 2019

Dinner @ Eid Korean Restaurant Bandar Baru Bangi

#Throwbackdinner
Kami ke sini during anniversary kami yang lalu. I suggestkan dekat husband untuk makan dekat Eid Korean Restuarant. Dekat je dengan rumah kami, di bandar baru bangi saja. I, husband dan Ziyad memang gemar makan Korean food ni. So bila I cadangkan untuk kesini, husband pun on jer. I memang dah aim lama dah nak kesini.  Hari tu, lepas lepak-lepak ke taman, dalam 6.30, kami dah sampai dah ke Restaurant ni. 

WELCOME!!

I dengar Restaurant Eid ni menyajikan makanan authentic Korean Food. Based on review2 yang I baca la so my hopes are a bit high untuk kedai ni. Time kami sampai, x ramai lagi la time tu coz mungkin awal lagi la kan. Kami pun sengaja nk early dinner hari tu. Jom usha menu dia dulu la ea. (sorry..blur2)




BLUR PULAK TIME AMBIK GAMBAR NI

Untuk Ziyad, seperti biasa, Ramen. I pulak, Kimchi Jigae tp dekat sini, xde daging atau tuna. Tp coz hari tu memang nak makan Kimchi Jigae, so order jugak la walaupun just ada ayam. I memang jarang makan Kimchi Jigae ayam ni, so feel dia lain sikitla. Husband pulak, ambik Beef Bibimbap. Kami xde ambik yang jenis Fried Chicken atau Bulgogi so tak dpt la nak review yang tu. 

Makanan hari tu, agak lambat jugak sampai walaupun x ramai dlm kedai tu. Coz kami ada dua budak bawah 6 tahun, so bila makanan x sampai lagi, memang susah la diaorang nk duduk diam. Budak2 ni duk makan Banchan dia. Ada sausage dan carrot. Banchan yang lain, taugeh n kimchi la. Kimchi dia not bad la. I suka. ☺

Ni Ramen Ziyad. Dumpling Ramen. Ehm…kuah dia a bit cair sedikit.. Definitly not the best Ramen la.  Tapi coz anak I relax je makan, so kami pun redha. Hahaha. Tapi dumpling dia I suka. Kuah ramen, kurang sedikit for my taste. 

DUMPLING RAMEN

This is mine. First time I x leh nak habiskan Kimchi Jigae. Why no beef or Tuna?? Huhuhu..sedih. Tapi yang buat I susah nak habiskan adalah nasi dia. Nasi dia a bit off sedikit hari ni. Susah I nak describe. So bila nasi dia pun x berapa sedap, agak sukar untuk telan. Beef Bibimbap, jgn ckp la. Dengan penuh kepayahan kami nak makan.  Nasib baik daging dia n sayur2 dia ok. 

KIMCHI JIGAE CHICKEN

BEEF BIBIMBAP

OUR DINNER

Tapi bila kami tengok meja lain, kebanyakan order yang Bulgogi atau Gochujang. Mungkin tu sedap la kot. So, yang tiga main dishes yang kami order, semua for us, kurang sedikit. Sedih sangat. I terus kata nanti kita repeat dinner anniversary tempat lain la..hahaha..

Yang ini pula, dessert yang kami order. Dessert yang kami nak sebenarnya tu sudah tak dijual. Tapi yang ini, serious sedap. Cheesy Corn Sausage. Kami mintak sauce dia diletak kan dekat tepi. Ikut gambar, patut cheese tu letak atas sausage tu. Crunchy giler okey. Berebut kot makan. This one I like.


So time nak balik tu, I dah siap2 komen time nk bayar tu la tentang nasi dia. So harap2 ada improvement. Ke time kami datang tu je, nasi dia x berapa ok. Time hari lain, elok jer.. Ntahla. Just wasn’t our luck. So, husband dah ban dah tempat ni. Pandang I semacam coz I yang cadangkan. Huhuhu...

Happy Anniversary Sayang!! ❤❤

Address: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


1 comment:

  1. KSarie ni entah bila la nak mencuba makan makanan korea ni heheheheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...