Thursday, 21 February 2019

Dinner @ Nippon Sushi Bandar Baru Bangi

Hari tu plan sebenarnya nak makan KFC. Tup tup time tengah scroll IG, nampak kedai ni. Bila google, berdekatan dengan rumah jer rupanya, di kawasan Bandar Baru Bangi. Bila I tanya anak-anak nak makan KFC atau sushi, semua nak sushi. So beralih arah la malam tu. Kita ke Nippon Sushi Bandar Baru Bangi. Rupanya kedai ni di belakang kawasan kedai baby Manjakku tu. Kedai dia agak baru lagi la. 


Memandangkan kitaorang memang dah selalu bawak anak-anak pi makan sushi, dah jadi kegemaran diaorang dh. Lagi-lagi bab makan udon. Memang favourite Ziyad & Lily. Si Uzayr pulak, suka duk makan Tamago jer. Husband pun kaki Japanese food, so memang selalu la kami makan sushi ni. Kalo ada yang baru, lagi kami suka try. Hehehe

Time kami sampai, hampir nak full house. Nasib dapat seating. Jom usha menu dia ea. First time tengok menu dia, mak aii..banyak giler wokey..sampai x tau nak order apa. Blurr kejap. Banyak jugak yang jenis set. Nasib semua tu ada visual gambar. 















Last-last I pilih Beef Teppanyaki, anak2 macam biasa Kitsune Udon dan husband pulak, ambil Sashimi to Tempura Set. Plate sushi tu, macam biasa la, masing2 ambil kegemaran masing2 la. 

ENVIRONMENT

X CAPTURE PULAK GAMBAR ROBOT..TP ADA VIDEO EA DI BAWAH
Yang unique nye dekat sini, ada mini waiter robot. I bagi nama sendiri. Hehehe. Mini waiter robot ni akan send makanan terus ke meja customer. Tapi bukan semua jenis makanan. Dia akan hantar macam sushi atau sashimi. Jenis set2 tu, waiter diaorang akan datang hantar la. Anak2 I tiap kali benda tu lalu jer, nk usik benda tu. Panggil robot nak datang. For me, features yang agak unique jugak la. Tp rasanya kedai lain ada jugak tp ni first time kami dine in such a place la. 

Dr segi rasa, for my Beef Tepanyakki, I pernah rasa yang better. Daging dia agak liat sedikit for me. Average for me. Portion wise, sangat banyak ok. Macam boleh dikongsi. Just add on nasi tambah jer. Set husband pun biasa saja. Salmon Sashimi dia sedap. Tempura dia not bad. Just not that crunchy. Coz kami dah try macam2 tempat, so ada preference la jugak mana yang kami suka. Dari segi Udon anak I, pun sedap jugak. Yang I notice dekat sini, portion wise agak besar jugak la. So malam tu, serious kenyang giler. 

MY BEEF TEPPANYAKI

SET HUSBAND

TEMPURA

SASHIMI

KITSUNE UDON

Dari segi service, memang tip top. Interior pun best, tp seating dia sekali pandang, xde la besar mana pun. Macam kedai Japanese yang lain jugak la. I suka environment dia. Repeat?? Of course. Why?? Coz menu dia extensive sangat. Harusla try benda lain jugak la. Kami selalu makan sushi ni, dalam sebulan, max 2 kali la. Tp tiap bulan tu mesti ada. Kalo x pun, setakat beli sushi dekat Aeon atau Empire sushi jer. Dari segi harga, for me, normal range for Japanese Food. Bukan yang jenis mahal sangat la. Still affordable. 

HOW OUR PLATES LOOK AFTER

So to those Japanaese Food Lovers, gotta try out this new place in Bangi. Good food, good environment. 

Address: Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...