Thursday, 7 February 2019

Bermain sakan di Kidzoona IOI City Mall Putrajaya

Memandangkan cuti panjang CNY sekali dengan cuti sekolah lagi, I ngan husband xde la plan apa-apa pun untuk bawak anak-anak pergi bercuti ke apa. So cuti panjang, memang banyak duduk rumah jer la. So hari tu, saja I bawak anak-anak pergi ke Kidzoona IOI City Mall dekat Putrajaya. Ni kiranya kali kedua I masuk sini. Memandangkan Weekdays hari tu, so harga pun murah sikit dari pergi hari weekends. Unlimited time play, RM12 saja on weekdays. Harga dah naik sikit. Sebelum ni, x silap dalam RM10 on weekdays. Mungkin sebab jenis toys pun dah bertambah dalam Kidzoona ni. Tapi still affordable bagi I. Coz unlimited kot. Time weekends, x teringat pulak harga dia. Serious x teringat nak ambil gambar rates dia. So hari tu, kami baru je lepas makan. Habis je makan, I terus ajak anak-anak masuk sini. Anak memang dah teruja dah. Sebelum pergi, I memang dah bagi tau anak bawak pg indoor playground. 

Time masuk tu, ada sekumpulan tadika..so riuh rendah sikit la..tp kejap jer, then diaorang dah habis program. So x berapa ramai la time lunch hour tu. Just nice la untuk anak-anak bermain. Compare dengan last time I datang sini, nampaknya ada pelbagai benda yang baru. Now ada Gadget corner, ada Trampoline, ada Sand area, Doll House pun ada..dan kawasan dia sangat kemas. I selalu nampak pekerja dia kemas toys kat situ even time budak2 tengah bermain. Terbaik la diaorang. X banyak gambar pun I snap hari tu. So these are the pics that I sempat snap. 

DOLL HOUSE

ICE CREAM SHOP

BURGER SHOP & HOSPITAL

MARKET 

TRAMPOLINE

SAND AREA..TP MELEKAT SIKIT..

HASIL TANGAN ZIYAD..DIA MEMANG SUKA BAB2 BUAT KERETA NI

POOL OF BALLS..ADUH..BLURR LA PULAK


Anak I si kecik tu, memang most of his time, dekat kawasan car n train to saja. Nasib xde orang lain yang nk main benda tu..kalo x, leh buat gaduh tu. Hehehe. Lily n Ziyad lak, semua benda la main. I duk tengok jer la. Sambil2 tu, join jugak untuk pretend play. Jap jadi patient, beli ice cream, pg pasar sama2..hiburkan anak kejap. 

ANAK I STATIK JE..SINI JE DIA DUK MAIN

DOC LILY IN THE HOUSE

ICE CREAM GREEN TEA SATU EA BANG!!!

Dalam 2 jam setengah jugak kami dalam tu. X perasan wei, tau2 je dah lebih dua jam. Time ajak balik, nasib semua ikut kata jer. Mungkin dah puas main agaknya. Muka semua pun dah sememeh jer. Penat. Masuk je kereta, terus tidur masing-masing. Husband I keje hari tu. Nasib semua behave. Apa pun, quite nice. Kemas, child friendly, affordable dan banyak items yang anak-anak boleh enjoy sambil belajar. 

Untuk my first time ke Kidzoona ni, boleh click kat sini ea. Banyak yang dah berubah sejak the last time I ke sini.  --> CLICK ME

CHOW..☺


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...