Tuesday, 18 December 2018

Lunch @ Sector 3 Restaurant The Sphere Bangsar South

Lunch hari tu, niat nk makan Korean food. Tapi bila sampai ke kedai, orang beratur punya la ramai. Al maklumla, semua baru je dapat gaji. Mula-mula kami beratur jugak tp last-last nmpk macam x bergerak je line dia, so I pun chow. Member dah chow siap2, coz dia nk try cari tempat lain. I je yang beratur..ingatkan dapat la tempat tp hampa je hari tu. Huhuhuhu

So member yang tengah mencari tempat lain ni, terjumpa resto ni. Sector 3 nama kedai dia. First glance, memang tau la kedai baru. Kawasan The Sphere tu pun memang baru je undergo renovation. So memang banyak kedai makan la. Tapi kedai yang memikat hati tu, x banyak. Hahahaha. Sector 3 ni buat kitaorang tertarik coz design cafĂ© dia dan juga diaorang ada lunch set. Yeah!! Selalunya lunch set ni lebih murah sikit dari beli yang ala-carte tu n of coz sekali dengan drinks. So apa ada dalam lunch set diaorang. Mostly western dishes tp local dishes macam Nasi Lemak pun ada. 

WELCOME!! LIGHTING TERLEBIH LAK. HEHEHE

FULL HOUSE

LUNCH SET

 I hari tu bawak anak I Ziyad sekali. Ziyad macam biasa, kalo x nasi, pasta la jawapan dia. So dia order Carbonara, I order Fish and Chips, member sorang lagi order Chicken Cordon Bleu. 

CARBONARA

Memandangkan kedai ni baru lagi, so service dia for me a bit kelam kabut la. Tapi still ok. Makanan nk kata cepat pun x, lambat pun tidak tp we wished makanan dia sampai a bit faster la..coz lapo kot. 
Dari segi presentation dishes dia, memang tip top la. Yang ni, anak I nye Carbonara. For me, sedap wei yang ni. Pekat giler. I like this one. Tapi anak I x berapa nk suka. Pelik lak napa dia x suka. So last-last tapau bawak balik rumah. Husband I pun siap rasa time kt rumah. Dia pun kata carbonara ni sedap. Mungkin Ziyad x berapa gemar Fettuccine kot. Dia selalu spagetti or macaroni jer..

FISH N CHIPS

My dish, the Fish n Chips. I dengan Fish n Chips ni berpisah tiada. Tapi susah nk cari yang betul2 sedap. For me this dish, ada hit n misses. Not too my liking sangat. Batter dia sedap. Tapi coz I pernah rasa yang lebih sedap, so this one is average for me la. 

CHICKEN CORDON BLEu

Yang ni pulak, member nye Chicken Cordon Bleu. Member x berapa gemar sangat tapi dari apa yang I rasa, for me agak sedap gak. Mash potato dia sedap, ayam dia pun sedap. Citarasa berbeza kot. Ramai jugak hari tu yang order Cordon Blue ni. 

VARIETY OF DESSERTS

Dekat kedai ni ada jugak jual mini cakes. Ingatkan nk rasa la tp dah overfull. So probably next visit la kot nk try cakes dia. Overall, love the atmosphere, sesuai untuk melepak dan bergossip, makanan overall agak sedap. Price lunch set dia not bad. Termasuk air, all below RM20. Service dia pulak, boleh diperbaiki. Mungkin coz baru lagi so nampak la kelam kabut nye tu. Apa pun, all is well.

Chow guys!!

Address: Unit G-3, Ground Floor, The Sphere Bangsar South. No, 1, Avenue, 1, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur

No comments:

Post a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...