Thursday 21 December 2017

My first time to Family Mart

I sebenarnya x tau pun kewujudan kedai Family Mart ni. Sebelum ni, husband selalu jugak bercerita pasal satu kedai serbaneka dekat Jepun yang best. Dulu dia selalu ulang alik ke Jepun. So Family Mart ni antara kedai fav dia kalo pergi sana. I pulak, terdengar pasal Family Mart ni dari sorang member. Dia pun baru je pergi ke Jepun. So bila ada kedai ni dekat Malaysia, dia terus bagi tau yang Family Mart ni antara kedai fav dia. 

Do bila hari tu I cerita dekat husband I pasal kedai Family Mart ni, dia pun terus teruja coz dia pun x tau dah bukak cawangan dekat Malaysia. Rupanya dah lama juga bertapak dekat Malaysia tp skg, dah start banyak cawangan. Bila usha Instagram, rata2 inform ice cream dia yang sedap. So kami pun waze..dan cari yang terdekat. Time tu nak balik rumah MIL so yang paling dekat, Family Mart Bukit Tinggi Klang. 

Bila sampai jer, ramai yang sudah beratur panjang dekat dalam kedai. Wow. Tekejut jugak kitaorang. So kami usha la apa yang ada dalam kedai tu. I aim nak beli ice cream (Sofuto) dia jerr..rupanya, ada ice cream yang limited edition dekat Family Mart ni. Hari tu I tengok ramai yang membeli ice cream Cheese Cake. So I ingat ada la. Tup-tup hari tu, ada Ice Cream Hokkaido Melon. Matcha Ice Cream tu signature dia la, so sentiasa ada rasanya. Antara dua ice cream, ni, I lagi prefer Matcha. Melon dia seriously sedap..tp untuk penggemar green tea macam I ni..hehehe..matcha dia memang awesome. Sangat pekat ice cream dia. Harga dia mahal lagi la dr ice cream McD. Hehehe. Tp still affordable. Tp now, x sure perasa ice cream apa yang ada. Mungkin dah bertukar ke perasa yang baru. 

MENU
JAPANESE ICE CREAM ANYONE..

LOVE THEIR ICE CREAM

PROMO. TP PROMO NI DAH HABIS TAU. SKG MUNGKIN PROMO YG LAIN

Apa lagi yang I suka dekat Family mart ni?? Of coz la bento2, onigiri and salad2 dia yang memikat hati. Dari segi harga, for me, ok lagi tp ada jugak barang2 yang dalam kedai ni, yang harga dia mahal sikit la compare dengan tempat lain. Ada juga kawasan untuk makan dalam kedai ni. Dekat sini, yang ramai beratur tu, untuk dapatkan makanan yang dipanggil “Oden”. Apa sebenarnya Oden ni. Dia ala2 “lok lok” Malaysia tp versi Jepun. Tp hari tu, kami x order pun Oden ni. Next time la kot. 

DAPAT TANGKAP GAMBO JARAK JAUH JERR

BILA TENGOK ROTI2 MACAM NI, TERINGAT YAKITATE JAPAN - CARTOON JEPUN

ONIGIRI, BENTO2 DAN MACAM2 BEKAL MAKANAN

SALADS, DESSERTS, SANDWICHES

Macam biasa, bila anak2 I masuk kedai yang jual macam-macam ni, diaorang sempat la ambil mainan tuk I bayo. Sabo je kan. Tp I layankan aje la. Husband I bg tau, ok la walaupun x se’best’ macam dekat Jepun. Cheh. Confirm la x leh nk sama macam yang dekat sana. Tp still best katanya. 

Kenapa la takde kedai ni yang berdekatan dengan rumah? Setakat ni, kedai ni belum lagi berada di kawasan Putrajaya atau Cyberjaya. Tp rasanya kalo bukak, rasa kedai ni boleh survive. Apa pun, for me, I suka kedai ni. Variety of food to choose from. X sabar nk menyinggah lagi.

So, chow for now guys..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...