Tuesday 2 June 2020

UPT Positive!!

Baby 2020 here we come. 

Alhamdulillah, setelah 3 bulan selepas I buat DNC disebabkan oleh Blighted Ovum bulan October last year, I disahkan pregnant lagi sekali January lalu. Now I dah around 24 weeks. Sebenarnya tak ada la menyangka akan pregnant secepat mungkin coz still trauma dari last year (I akan cerita pasal keguguran Blighted Ovum I dalam entry yang lain ye-coz perjalanan dia agak panjang dan sedih..huhu). Heartbreaking bila tengok ada kantung tapi tiada fetal pole. Kalo diikutkan campur dengan keguguran I, ini adalah pregnancy I yang ke-6. I dah 2 kali keguguran. Tapi kiranya macam my 4th pregnancy journey coz now I dah masuk trimester 2 dan boleh tarik nafas lega sedikit. 


Ketiga-tiga anak I semua gembira. Semua tak sabar nak ada baby baru dalam rumah. Si kecik dah berumur 5 tahun so rasanya its time la kan. Pregnancy kali ni agak teruk. Mabuk sehungga 14 minggu, non-stop. Time musim PKP ni la, I dah start boleh makan dengan tenang. Kalo tidak, mesti muntah sesaja. I sebenarnya test UPT I ni agak awal. Selalunya tak pun, I akan selalu check bila I dapat rasa something is not right dengan badan I. I kalo period pun, akan muntah, pening, breast sakit, so symptom dia lebih kurang je macam tanda-tanda hamil. Tapi kali ni, I memang test 3 hari sebelum tarikh period I nak due. Kenapa?? Coz I heartburn teruk sangat. So bila first time heartburn tu, terus I cari UPT di klinik ofis and test. Time ni di ofis lagi. Dan laju je double line walaupun belum due period. Selepas I gugur hari tu, I memang sambung consume Asid Folic sepanjang tempoh 3 bulan tu sebagai persediaan. 

Pagi tu, sebelum test, I dengan husband dah siap berbincang nak beli tiket flight tuk pergi bercuti di Langkawi bulan 9 ni. Excited sangat coz memang dah lama teringin nak bawak anak-anak pi ke Langkawi. Memandangkan dah start PKP, n bulan 9 akan due, so rasanya percutian tahun ni akan ditangguh kan la. No vacation this year nampak gayanya. So bile dah double line, terus I call husband. Risau dia dah beli tiket la pulakkan. Nasib baik belum. Husband memang gembira la coz memang dia nk baby baru n dia berharap this one is a girl. We will see. Doc dah inform dah gender tapi belum start beli barang lagi coz belum 100% confirm lagi gender dia. Ingat nk buat detail scan in these few weeks time. So, hopefully this one sticks. 

Wish me a smooth pregnancy guys!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...