Thursday, 16 May 2019

Lunch @ Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Alkisah sebelum berpuasa ☺☺

Exotic anyone?? Kedai makan yang kitaorang singgah ni, dikenali dengan makanan Exotic. Selera Exotic Halal Pilihan Malaysia..Kami ada event office sebenarnya. Kami each quarter selalu akan ada event. Tapi kali ni, di luar kawasan sikit la. Lepas makan2 ni, kami akan gerak ke Bukit Melawati dan last akan check in dkt The Kabin, Sungai Sembilang. Yeah, kampungku!! Selain dari bergambar di kawasan sawah padi di kawasan Sekinchan ni, lunch kami juga telah diaturkan di Restoran Lembah Bernam. Setelah berpanas ambil gambar, its time to eat.




Dekat sini, ada menu daging landak, rusa, pelanduk, ikan sepat, ikan puyu..tp daging2 mahal la kan. Untuk kami yang ramai2 ni, sesiapa yang nak, leh la add on. So jom lihat apa menu lunch kami ye. Ada ikan sepat, ikan baung masak lemak, ayam kampung goreng ranggup, sambal udang dan ulam ulaman. 


RANGGUP SANGAT!!

IKAN BAUNG MASAK LEMAK

IKAN SEPAT

Menu yang paling sedap antara semua, ayam kampung goreng ranggup dia la. Siap keropok tu pun I makan. Cuba bayangkan, lauk atas meja tu semua, tuk 4 orang makan. Memang kenyang habis la. Dari segi ikan sepat & ikan baung, terus terang I bagi tau, not my favourite. Ada rasa-rasa yang I kurang gemar. Hehehe. Ada jugak geng2 yang order daging landak dan pelanduk, katanya empuk la daging nye. Tapi I x merasa pun. I xde la nak sangat makan landak, pelanduk atau rusa, coz selalunya ada time raya. Hehehe. My dad suka exotic2 ni, so Raya tahun lepas ada la rendang landak dekat rumah.

Apapun, seronok makan ramai-ramai. Lagi2 dengan pemandangan kawasan sawah padi yang cantik. Walaupun terik, semua kemain seronok bawah panas ambik gambar. Tema kami, Tema Kampung..so semua berkain batik gitu. Comel x kami. Hehehe


Address: Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan,, Pasir Panjang, Selangor

Selamat Berpuasa ye semua!!

3 comments:

  1. pernah singgah sini masa outstation kuala selangor...makan gulai landak sodap..pastu mcm2 menu lain lagi la

    ReplyDelete
  2. perghh ayam kampung goreng rangup! nampak sodap ngap ngappp hehehe

    ReplyDelete
  3. Kena singgah makan nanti ni sebab dah lama tak makan daging landak. Pernah makan daging landak kat sini tahun lepas. Not bad rasanya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...