Wednesday 14 February 2018

Lunch @ OISO Korean Traditional Cuisine & Café IOI City Mall

I cuti hari tu so I saja nk keluar untuk makan Korean Food. “Me Time”. I dah lama tau pasal resto ni. Sebelum ni I pernah makan di Oiso Bangsar tp sedihnye, cawangan yang dekat situ dah tutup. X tau la kalo skg dah di bukak balik. Kitaorang pergi last year, tup-tup tengok seluruh kawasan tu tengah direnovate. Lepas dari hari tu, x pergi lagi dah ke kawasan sana. So bila dapat tau yang kedai ni nak dibuka di IOI City Mall, memang gembira la. Dekat IOI ni saja banyak kedai makan korea tau. Tu yang best tu. X perlu nak cari jauh-jauh..

WELCOME

Last time I makan dekat OISO, I rasa its one of the best tasted korean food. Rasa dia more authentic compare dengan kedai yang lain la. Restaurant ni betul-betul bersebelahan dengan Parkson kawasan baby. Berdepan dengan Pancake House International. Time I sampai, I customer yang ketiga la dalam kedai tu. Lagi pun, I datang awal sikit dari lunch hour. Dalam kul 11. Lepas tu nk shopping sikit. My favourite dish, got to be Kimchi Jigae. I memang suka. Kalo x Kimchi Jigae, mesti Bibimbap. Menu dia dkt sini, ada pelbagai jugak. Walaupun hati terdetik nk try menu yang lain, tp last2 order Kimchi Jigae jugak. Payah betul nk move on. Hahaha

MENU

MENU

MENU

ROMANTIC FEEL

I saja pilih spot bawah pokok. Hahaha..fefeeling la konon kan..tp panas lak duk situ. Pokok tu menghalang aircond kot. Hahaha. Dah la menhirup kimchi jigae yang panas tu..berpeluh-peluh. Deco dia simple and charming. I like. Dekat sini, xde lak lunch menu. I x nampak la pulak. Tp dari segi harga, for me, lebih kurang sama macam resto Korea yang lain. 

SEDAP GILERZZ RM19.90

COLD HONEY LEMON TEA


ALHAMDULILLAH..KENYANG. HEHEHE

First glance on the Kimchi jigae, nampak lain sikit. Kaler dia lebih vibrant dan lebih berminyak. Serious sedapp..terasa kimchi dia..Ni just based on my opinion. Orang lain I x tau la. Tp coz I dah pernah try banyak tempat, ni antara my top 2. Tempat lagi satu, kena cerita di entry yang lain. Hehehe. Memandangkan I makan sorang2, so x leh order lebih-lebih. Kalo ada mr hubby, at least leh order pajeon. I makan set Kimchi Jigae tu pun dah kenyang giler.  Banchan dia pulak, for me, biasa saja. But Kimchi dia nice. Next time, nk bawak mr huby lak. Bersyukur sangat2 yang mr hubby pun penggemar makan korea. Leh jjcm sama-sama. ❤❤

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...