Friday 5 October 2018

Lunch @ Restaurant Rebung Tasik Perdana

Yeah, big boss mau belanja. So apa lagi, tadah perut je la. Hehehe. Hari tu, kami naik grab jer. Malas wei nak drive pergi sana. Bukan sebab apa, malas nanti bila balik ofis, kena cari parking. Dekat ofis I ni, free parking sangat limited. Kami gerak awal sikit. Maklum la, lapo. Perjalanan dari ofis nk ke Restaurant Rebung ni, x jauh mana la. Dalam 15 minit gitu..campur jem lagi kan. Sampai2 jer ke Restaurant tu, kami antara yang terawal. Hahaha. Ni kiranya kali kedua kitaorang datang sini. First time hari tu, untuk high tea. My verdict time tu, x berapa best la. Tapi for lunch, I might change my mind. Restaurant Rebung ni kepunyaan Chef Ismail yang femes tu. Last time I datang, dapat la jumpa and bergambo. This time, xde lak. 

Menu dia, semua masakan ala2 kampung gitu. Perghh..kalo tengah berdiet, this is definitely not the place. Bila masuk jer, confirm akan menjeling ke arah buffet table yang penuh dengan pelbagai lauk pauk melayu. Asam pedas pari, patin masak tempoyak, gulai sana sini, siput sedut masak lemak..pelbagai aneka kerabu, ulam-ulam, laksa, mee kari, sup tulang, rebung masak lemak..ABC...nak cakap semua, penuh page nanti..

I kalo pergi buffet cam ni, nasi kena sikit. Kena all out untuk makan lauk pauk. So dapatla merasa macam-macam. Kalo x, cepatla kenyangnye. So I ambik laksa, nasi with asam pedas ikan pari, siput sedut n sayur..My favourite dekat sini..kerabu2 dia wei. Dah la ada macam2, yg paling awesome, kerabu kerang dengan taugeh dan pucuk paku..pedas dan manis2 gitu..sedap giler..bertambah-tambah. 

Untuk dessert dia pulak, ada pulak pulut durian, roti jala, ubi rebus dengan kelapa, beraneka jenis kuih, goreng pisang, kopok lekor..hampir semua la merasa. Tapi merasa sikit. Berkongsi-kongsi pinggan la. So jom usha gambar-gambar makanan di sana..

ROJAK..

LEMPENG..ROTI JALA

KUIH MUIH

MACAM-MACAM JENIS KERABU..

BERANEKA CICAH, ULAM ULAMAN

PELBAGAI LAUK

PELBAGAI LAUK 

ANEKA BUBUR

LAKSA

MEE KARI

UBI REBUS

KERABU KERANG YANG SEDAP..DENGAN PUCUK PAKU SEKALI..

ASAM PEDAS PARI N SUP TULANG

Dari segi harga, maaf la, x tau lak berapa harga buffet dia hari tu. X sure dapat pakej murah sikit ke coz kami ramai hari tu. I kena tanya tuan organizer. Hehehe. Overall..lunch buffet dia..meletups!! I suka..rata-rata semua suka. Just semua merungut..perut beso lepas tu. Hahaha..

K, chow guys..

Address: 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...