Tuesday 17 May 2016

Chicken pox di usia 6 bulan

Anak I yang bongsu, Uzmir Uzayr, kena chicken pox, pada umur dia baru nak masuk 6 bulan. Pagi tu dah perasan dah ada bintik2..ada berair sikit..tp x banyak. So ingatkan jangkitan kuman biasa..hari tu, Uzayr ada appointment cucuk 6 bulan dekat Klinik Kesihatan. Bila I tanya kt nurse, terus dia cakap yang tu chicken pox..terkedu jugak la I time tu..coz dia xde tanda pun..xde demam atau apa..just pagi tu nampak ada bintik2 berair jer..

So, info ni I dapat dari MyHealth punya website..info on chicken pox..just for sharing..

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Sambung balik cerita..
Nurse suh pi klinik lain atau gov hospital tuk confirm kan chicken pox tu..so cucuk 6 bulan Uzayr kena reschedule ke hari lain..malam tu, I bawak Uzayr pi Klinik Swasta berdekatan dengan rumah..memang dia confirmkan Chicken Pox. Coz dah start banyak yang berair..
Apa ubat doc bagi..ubat calamine lotion tu..n ubat demam..ubat bontot n ubat makan..time tu Uzayr lum start demam lagi..tp doc inform dia confirm akan demam..

Selang 3 hari..demam pun datang..n bintik2 kat muka n badan dia pun..keluar dengan jayanya..sedih sangat tengok..umur dia baru je masuk 6 bulan..i baru jer start bagi dia makan..hr tu ada tanya taska dia..memang ada yg kena chicken pox..tp yg kena semua x dtg..tp masalahnye..dah berjangkit..nk wat macam mana..dugaan seorang ibu..kakak dia, si Lily pun blm pernah kena..i risau gak tu..walaupun dah try quarantine macam2..tp duk dlm satu rumah..payah nk quarantine semua..

Ada yang kata chicken pox ni paling active bila nk sembuh..ada yang I baca, akan berjangkit within 48 hours before tanda2 muncul..seriously..memang confius..so tuk langkah berjaga2..i asing kan Uzayr dengan Ayah dia and anak2 I lain..lebih kurang 16 hari lps Uzayr kena..i bagi balik diaorang tido sebilik..dalam masa dua minggu tu..memang jenuh nak quaratine kan budak2 ni..

Ni apa yang I buat sepanjang quarantine dalam rumah..
1- Asingkan tempat tidur anak2 i. 
2- Selalu sapukan calamine lotion
3- Asingkan baju baby dengan baju anak2 I yg lain. Rendam dengan Dettol. Tuala pun setiap hari basuh. Mainan dia yang dia sentuh, I akan rendam dengan Dettol, then jemur.
4- Letak daun semambu bawah selimut dia.
5- Mandi dengan daun semambu / sabun marine Hai-O


Ni nak masuk minggu ke-5 sejak anak I kena chicken pox. Alhamdlillah, xde berjangkit dengan yang lain.. Risau jugak coz ayah dia and si Lily belum pernah kena lagi..tu kalo kena, payah sikit nk jaga..huhuh..setakat ni, xde symptom2 yang si ayah n Lily nk kena..

I dah start hantar anak I pergi ke nursery. Dah lebih 14 hari dah duk umah dengan mama nyer..Uzayr pun dah start active balik. Time chicken pox tu jugak Uzayr start merangkak sikit2 and dah pandai duduk dah..tunjuk talent kat mama nye sepanjang duk berdua dalam rumah..

Banyak gak parut dekat muka dan badan Uzayr.  So sekarang, tuk rawatan hilangkan parut, I pakai Shaklee Herbal Blend. Tiap kali lepas mandi, I akan pakai ni..tp budak, ada parut, cepat sikit hilang dia..tp bab kat muka dia..memang lama sikit kot nak hilang..berlubang sikit..sebab lubang kat muka dia pun..sebab Uzayr suka ngenyeh2 muka dia dekat tilam..lum habis kering..dah tercabut kuping2 tu..tu yg berlubang tu..huhuh..tapi tak pe la Uzayr..Macho..hehe..

Belanja satu gambar Uzayr tuk entry ni..gambo ni time chicken pox tengah menbuak2..cian..parut sampai ke hari ni still ada..


K, chow for now..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...