Friday 6 September 2019

Dinner @ Nasi Ayam Aku & Istanbul Shah Alam

Hari tu, kami ke TREX Bike Park. Entry ke Bike Park ni I akan buat soon ye. Buat entry makanan dulu. Hahaha. So malam tu, lepas dah berbasikal dan berpeluh sakan, husband propose untuk dinner di kedai kawan dia di Shah Alam. Kedai ni baru je buka. Time opening hari tu, tak dapat datang so kami nak datang malam tu la. Kedai ni jual Nasi Ayam dan sederet dengan Murni Seksyen 7 tu. 


Malam tu memang rezeki, dapat parking betul-betul berdekatan dengan restaurant ni. Area situ memang penuh dengan kedai makan. Pilih saja. Tapi malam memang happening sangat kawasan situ. I jarang-jarang dinner dekat Shah Alam ni, so memang terasa macam, wow. Hahaha

So jom usha menu dia ye. Gambar agak gelap-gelap sedikit. Aduh..kena cari camera ni. 

MENU

Apa yang menarik di sini adalah, boleh pilih pelbagai jenis menu ayam untuk dijudukan dengan Nasi Ayam. Ala-ala konsep aroii thai atau boat noodle gitu. Portion sikit-sikit semuanya tapi dapat cuba variety so memang satu konsep yang unique dan menarik. So malam tu, kami cuba macam-macam jenis masakan ayam plus sayur-sayur. My favourite, Ayam Lemon Madu. For me, yang ni sedap. Manis, masam dan crunchy. Ada juga set-set nasi yang lain tapi malam tu, kami cuba Nasi Ayam sahaja. 

I ada juga order Teh Epal Turki panas hari tu. Serious, yang ni memang sedap. Memang taste I. Harus cuba ye. 



Antara plus point restaurant ni, ada kawasan mainan untuk kanak-kanak. Knowing my kids, bile tengok jer kawasan mainan tu, dah tak ingat nak makan dah. Nasib sebelum datang sana dah siap-siap makan roti. Mungkin sebab tu diaorang tak lapo kot. 

Time ni, anak-anak I tengah active sampai bersepah kawasan situ. Anak oo anak. 


Interior dia quite nice. Tak silap, sebelum ni kedai kat situ adalah kedai nasi arab so interior dia still ada unsur2 arabic sikit. Tapi still quite nice. 

CANTIK MURAL DIA


So, jom try Nasi Ayam Aku & Istanbul Seksyen 7 ni. Boleh try pelbagai jenis ayam!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...