Monday 5 August 2019

Dinner @ Tok Wan Grill Presint 11 Putrajaya

Kami perasan ada satu kedai baru ni berdekatan dengan Pusat Komuniti Presint 11. Kawasan rumah kedai berdekatan dengan 99 Speedmart. Sebelum ni kedai tu merupakan kedai mamak tapi mungkin tak boleh nak survive coz ada dua mamak yang berdekatan. So lepas tu, kedai tu jadi kedai Nasi Arab. I selalu order Nasi Arab dekat situ tp kedai itu pun x berapa boleh survive. So now, ada kedai baru, Tok Wan Grill. Tak adelah baru sangat pun, sebenarnya dah lama juga dah buka. Kami pun sebenarnya dah banyak kali pergi ke restaurant ni. Tapi kami x snap pun banyak gambar coz bila makanan sampai jer, anak-anak semua dah serbu. Interior dia pun tak banyak berubah dari previous owner, so konsep arabic tu still ada la. Kedai ni di bahagian corner lot kawasan rumah kedai situ. 

Makanan dekat sini, semuanya western. Tapi I suka bawak anak-anak I pergi ke sini coz ada Free Kids Meal yang comes with each main dish. So kids meal dapat free. Tapi selalu kami akan add on la, coz anak ada tiga kan. Anak-anak I pun suka makan dekat sini. So jom usha menu dia ea. Ada pelbagai menu dekat sini. 

MAIN DISHES

FROM TOK WAN'S HEART

GRILLLLLL

PASTA & BURGER

TAK TRY LAGI SALAD DIA. TIAP KALI NAK TRY, MESTI HATI TAK KUAT. HEHEHE

Yang ni, Tok Wan Grilled Chicken. Served sekali dengan mash potato dan juga seasonal vegetable. Kami selalu order yang ni. For me, rasa dia sedap lagi2 sos homemade Tok Wan ni. Mash Potato dia pun rasanya homemade coz boleh rasa chunks of potato dia. Fish n Chips dia pulak, for me, quite nice. Very crispy. Fries, macam biasa, belum sempat makan, anak-anak semua dah ambil masuk pinggan masing-masing. I pernah jugak makan Beef Burger dia. Patty dia not bad, juicy, portion pun quite huge jugak la for me perut. Hahaha. Untuk orang lain, rasanya just nice kot. 

TOK WAN GRILL CHICKEN

PIZZA, FISH N CHIP N TOK WAN GRILL CHICKEN

For kids meal, kami selalu order, Kids Combo, Kid Pizza & Carbonara Spagetti. Tiga2 for me memang sedap. Air pulak, kami selalu order air panas dia. X snap lagi gambo teko comel dia. Hahaha. Coz anak I Ziyad pun memang kaki minum air tea, so kami memang selalu order. Yang kami selalu order, Earl Grey Tea. 

KIDS MENU

Dari segi harga, for me, quite reasonable coz ada kids free meal. Yang lain pun, typical western food nye range la. Not too expensive. Memandangkan kedai ni memang dekat sangat dengan rumah, so kalo kami nk dine out tapi nak dekat jer, Tok Wan Grill ni selalu jadi pilihan la. So for those who wants to try out some good western food, you guys can come here --> Tok Wan Grill

Address: No.12, Jln Jati Bukit P11/25, Presint 11, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...