Thursday 10 January 2019

Short Trip to Taiping : Novotel Hotel Taiping

Musim cuti sekolah yang lepas, kami decide tuk bawak anak-anak pergi jalan-jalan n tidur hotel. Plan asal nak ke tempat lain. Tapi kami lambat booking so kitaorang decide tuk ke Taiping. Tetibe je nak pergi ke Taiping ni. Kami x pernah tidur di Taiping lagi sebelum ni. Setakat jalan-jalan tu ada la. Husband pun setuju. Bila google tempat penginapan di Taiping, Novotel Hotel ni diantara yang dicadangkan la. So kami pun book 2 malam di Novotel Hotel Taiping. 

Musim cuti sekolah, so dah boleh agak la jem dia macam mana. Sepanjang perjalanan ke Taiping, jalan slow jer. Dengan accident bagai. Memang x dpt nak dielakkan la. Kami ikut jalan dalam, start dari sungkai, tapi still jem jugak. 

Novotel Hotel ni, dia bersambung dengan Taiping Mall, dan betul2 berdepan dengan Pusat Penjaja yang femes dengan Yong Tau Fu tu. Parking hotel ni pulak, di bangunan parking yang sama dengan mall just hotel parking atas lagi. Check in ke hotel ni pun cepat jer. Bilik yang kami tempah ni, x dpt pemandangan ke arah Bukit Larut tu. Kami dapat kearah bandar, to be more precise..ke bumbung taiping mall. Hahahaha. Memang kami tutup langsir je sepanjang di bilik. 

PINTU MASUK

LOBBY..ADA JUGA MINI CAFE..BANYAJ KEK DIA

Bilik dia, memang cantik. Serious x sempat nk snap gambar bila masuk bilik, coz anak2 terus jer melompat nampak katil. Kebersihan memang tip top la. Hotel baru la katakan. Tp hotel ni memang more to business visitors kot. Kalo tengok pada amenities dalam bilik tu, more functional untuk business traveller. Tp kami dengan anak kecik ni pun, boleh aja. Bilik xde la besar mana sampai boleh berlari2. Tapi cukup untuk buat anak-anak teruja dan gembira. Siap main2 dlm almari bagai. 

MAAF YE..ANAK-ANAK DAH MELOMPAT DAH

KETTLE AND MUGS

TV

ALARM CLOCK 

FRIDGE & SAFETY BOX

I LIKE THE LAMP

SHOWER

BATHROOM

BEST!! WANGI

Barang mandian dia, yang ni kitaorang suka. Unique, barang mandian berasaskan cane sugar tau. Sabun dia wangi jer. Kitaorang hari tu, xde ambil breakfast pun coz memang niat kitaorang nk breakfast kat luar jer. Lagipun, banyak kedai makan berdekatan dengan hotel. Tapi pagi tu kami lalu depan kawasan buffet breakfast dia. Nampak menarik gak. 

Dekat hotel ni jugak, ada swimming pool, gym dan jugak kids room. I xde masuk pool pun, just tengok kan anak-anak yang syok mandi pool. Tak lama pun kami mandi pool. Sementara husband pg ke gym, kami tunggu kat pool saja. Bersebelahan dengan gym ada kids room. Kecik jer tp ok la. Anak-anak I xde masuk pun. Diaorang x perasan ada bilik tu. 

Pemandangan dari pool memang best. Dapat tengok view bukit. Dengan kabusnye, memang agak sejuk jugak pagi tu. 

KIDS POOL

SWIMMING POOL

LANJE GAMBAR ANAK-ANAK BERMANDIAN

GYM

KIDS ROOM

Overall, location memang best. Bersebelahan dengan Taiping Mall dan juga berdekatan dengan pelbagai kedai makan. Facilities dan amenities setakat ni semua ok. Memang tip top la Hotel ni. 
So kalo ke Taiping, Novotel Hotel boleh dijadikan salah tu choice staycation korang. 

#lasttrip 2018
#dahkenaplanpercutiancutisekolahseterusnya

Address: No 1, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Negeri Perak



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...