Thursday 6 September 2018

Lunch @ Killer Gourmet Burger (KGB) Bangsar

Kami nk menyambut tiga orang geng birthday. Atas permintaan birthday girl..kami turuti perintah..hehehe, diaorang nak ke KGB Bangsar. KGB stands for Killer Gourmet Burger. I selalu dengar pasal KGB ni tapi x pernah mencuba la. KGB ni berdekatan dengan kawasan ofis so senang sikit nk pergi. Kalo ajak mr hubby ke sini, agak jauh la kan. Chill out dengan geng2 ofismate. Diaorang ni kaki makan gak..tu yang syok. 

Kami naik grab saja untuk kemari. Ada jugak KGB dekat Mid Valley tapi kai opt untuk pergi ke Bangsar saja. Senang nk drop off and on. Apa yang ada dekat KGB ni..of coz la Burger. Kami keluar awal sedikit, so time kami sampai, xde orang pun. Hari tu, kami dalam 10 orang la, nak belanja 3 birthday girls…

Lama jugak kami nk decide nak makan apa. Sorang je dari kitaorang yang pernah makan sini..so dia la yang recommend. Bila I baca menu tu, I terus cari burger yang ada rasa pedas2 sikit, lagi2 unutk beef, takut I muak makan. So last2 I order Sante Fe. Ada guacamole & Jalapeno. Bg rasa pedas2 sikit. 

MENU YANG PELBAGAI

KAUNTER ORDER

Ramai yang order Tornado Beef and Tornado Chicken. Yang lain, order Bash, Animal Style, Bella Bomb Tower and Truffle’d Swiss. Add on, kami order Texas Jalapeno Fries (Beef) dan jugak Golden Salted Eggyolk Chicken Wings. 

SANTE FE

I ambik set, untuk add on set, tambah Rm6.90 la. I upgrade lagi air, jadi lemonade coz I x mau air gas.Lemonade dia sedap..masam2..i like. Fries dia pulak, I ambil Sweet Potato Fries. Fries dia ada pilihan gak. I citer pasal burger I dulu la ea coz bege yang lain, I sempat try satu jer..Kenyang wei. Mine, Sante Fe Burger (Grilled Beef, Guacamole, Smoked Chipotle Mayo, Crispy bacon and Jalapeno). For me, beef patty dia memang terbaik la. Juicy yang amat. Sekali dengan beef bacon and sos mayo dia, serious I suka. Jalapeno dia pulak, bg rasa pedas2 sikit. Habis wei I makan sorang. Memang sedap. Sweet potato fries dia pulak, perghh…sedap. Panas2 lepas goreng tu kan, memang manis. Crunchy lagi. Ada juga special sos dia..sedap gak..mustard of coz jgn lupa..sos2 leh ambil sendiri dekat meja yang disediakan dekat situ. 

TRUFFLE'D SWISS

Yang ni pulak, Truffle’d Swiss. Member I x habis. Nasib hari ni ada geng lelaki yang mai. So diaorang la tukang habiskan makanan. Hehehe. I try jugak one bite burger ni. Yang ni pun agak sedap. Mushroom dia banyak kot. Tp beef patty dia memang boleh buat orang jatuh cinta. Hehehe. Susah nk jumpa patty yang juicy. KGB nye ni, memang kena la dengan tekak I. 

BASH

BELLA BOMB TOWER

CHICKEN TORNADO

BEEF TORNADO

ANIMAL STYLE

SALTED EGG YOLK CHICKEN WINGS

Salted Egg Yolk Chicken Wings dia sampai kemudian..time tu masing2 dah hampir kekenyangan. I makan dalam beberapa bite jer..for me la kan, salted egg yolk ni macam x berapa kena dengan ayam. Kalo ketam, udang atau sotong, confirm sedap la..tp kami gagahkan jugak habiskan semua ayam2 tu..

YANG NI GENG LELAKI YANG ORDER. STRAWBERRY FLAVOR TU..

TEXAS JALAPENO FRIES

Yang lain, semua kata ok walaupun rata2 I nmpk x semua yang habis, coz portion dia agak besar, kalo set pulak, datang sekali dengan fries. Member sorang tu order Bash. I nampak dia laju gak habiskan burger dia, tp last2 dia kata dia punya agak manis..bila baca dekat menu..ada maple conrflakes rupanya. Wow, macam2 boleh ada dalam burger. Ada jugak bege korean kat sini. Siap ada kimchi dalam bege. Mula2 nak try Seoul Burger which is Caramelized Crusted Chicken with Kimchi Mayo, Caramelized Kimchi and Sunny side egg. Tapi lepas tu x jadi coz takut rasa dia pelik. Hahaha. Ada juga kimchi fries di sini ye. I walaupun diehard fan Korean food, tp bila bab2 fusion ni, i risau sikit. Takut x kena dengan tekak I..but for those yang dah try..kalo sedap..leh inform..

Bila semua dah kekenyangan, its time to panggil grab and balik office. What a satisfying lunch. Dari segi harga, up sikit la, tp memang puas hati. Overall, if you are into burgers, this is among one of those places you should try. I kalo burger, mesti ambil Beef, tp kalo burger Ramly jer, confirm ayam sepcial. Hahaha. 

K, chow guys. 


Address: 23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-2201 1220

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...